top of page

PROGRAM KAMI

MENAWARKAN

KAYM menjalin kolaborasi dengan pihak industri dan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara sejajar dengan visi dan misi ke arah menyediakan peluang pendidikan bertaraf global. Kolaborasi ini memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam program yang sama seperti ditawarkan oleh universiti tersebut. KAYM menjalin program kerjasama dengan dua buah universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Al-Madinah Antarabangsa (MEDIU)

KAYM juga menjalin hubungan kerjasama dengan industri berkaitan untuk melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga kemahiran melalui konsep Work Based Learning (WBL). WBL memberi peluang kepada pelajar mengikuti kursus di dalam industri terpilih dan merasai dunia pekerjaan sebenar semasa dalam belajar. Ini membolehkan mereka mendapat kemahiran yang mampu memenuhi kehendak industri.

MULTIMEDIA KREATIF

Menggabungkan pembangunan media kreatif, seni visual dan seni digital dalam bentuk maklumat yang inovatif dan efektif. 

HOTEL & PELANCONGAN

Kemahiran dalam industri perhotelan, seni kulinari dan pelancongan.

SAINS SOSIAL

Gabungan pelbagai bidang dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak termasuk perkembangan psikologi, pengurusan dan keusahawanan.

BAHASA & KESUSASTERAAN

Kemahiran berbahasa serta teks sastera untuk membolehkan pelajar memahami keindahan bahasa Arab dan kesusasteraan Arab.

PENERBANGAN & AERONAUTIK

Merangkumi bidang kejuruteraan serta teknikal pesawat dan pengurusan dalam industri penerbangan yang diiktiraf.

PENGURUSAN & PERNIAGAAN

Bidang keusahawanan dan pemasaran bersesuaian dengan industri serta prospek kerjaya pada masa hadapan.

KOMPUTER & KEJURUTERAAN

Prinsip dan kemahiran dalam teknologi dan inovatif baru dalam bidang pengkomputeran dan teknologi kejuruteraan. 

KEMAHIRAN

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) , Kementerian Sumber Manusia. 

bottom of page